Tanggungjawab Seorang Dropship

by | Jul 26, 2022 | Uncategorized | 0 comments

PERBEZAAN AGEN DAN EJEN

Selalu kalau team kami keluar mana-mana, kami suka sangat spread awareness dekat orang-orang luar ni tentang sistem Ejen2u. Dan bila orang luar nak tanya tentang sistem kami dengan lebih lanjut, kami selalu cakap “cuba search Ejen2u” sebab selalunya website kami ini lah menjadi presentation board on-the-go.

Tapi… selalu yang dibalas balik adalah “yang mana? Tiada pun?” Bila lihat balik, salah ejaan rupanya! Bukan Ejen2u yang di Google, tapi Agen2u.

Ha disebabkan perkara ini selalu sangat berlaku, Ejen2u mula membuat sedikit kajian tentang perbezaan anda dua perkataan ini: Ejen dan Agen

Sebenarnya Agen dan Ejen ini membawa makna yang berbeza!

Mengikut kamus dewan Bahasa,

  • Agen: sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dan sebagainya). Contoh: Agen pendebungaan
  • Ejen: orang (syarikat dan sebagainya)yang menjalankan perniagaan untuk orang lain. Wakil penjual dimana barang gudang jika diberi daripdanya tentu lebih murah. Atau orang yang diupah atau digaji untuk melakukan sesuati untuk orang lain.

Jadi jelas lah disini perbezaan antara Ejen dan Agen.

Mungkin salah faham dalam masyarakat sebenarnya terjadi apabila mereka melihat pengunaan Agensi dan juga kerana kedua dua perkataan ini diambil oleh perkataan Inggeris yang sama iaitu “Agent”.

Kita bagi satu contoh untuk lebih menerangkan pernggunaannya:

👉 Kamal merupakan ejen hartanah di sebuah agensi hartanah di Klang.

👉 Flora dan fauna berfungsi sebagai agen pedebungaan.

Jadi, jika kita lihat. konteks pengunaan Ejen dan Agen ni sebenarnya berbeza!

Lepas ni dah boleh gunakan perkataan yang betul!

Penggunaan ejen adalah untuk manusia dan penggunaan agen ini sebenarnya adalah untuk yang bukan manusia.

Ejen2u berharap artikel kali ini dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang penggunaan ejen dan agen! Nanti lepas ni, harapnya bila orang luar cari kami di Google, dah boleh taip perkataan yang betul!

Ejen2u,
Sama-Sama Naik!

Mengenai Penulis

Chief Communication Officer, Saffian Mahmud

  • Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pendidikan perniagaan dan perundingan.
  • Subject Matter Expert dalam Pengucapan Awam dan TeeUp Produk.
  • Telah membantu lebih dari 50 duta produk dan brand: melatih lebih dari 100 orang founder daripada pelbagai syarikat.