Perbezaan B2B dan B2C

by | Aug 13, 2022 | Marketing Strategy | 0 comments

PERBEZAAN B2B DAN B2C  

Apabila berada dalam dunia bisnes, para usahawan dan ahli perniagaan tidak asing lagi dengan istilah B2B dan B2C. Kita semua sedia maklum bahawa B2B membawa maksud ‘business-to-business’, manakala B2C membawa maksud ‘business-to-consumer’ yang secara zahirnya boleh dilihat perbezaannya dari maksud perkataan itu sendiri. Tetapi, adakah anda semua tahu dengan lebih jelas tentang perbezaan kedua-dua istilah ini ?

Penting untuk anda mengetahui perbezaan kedua-dua istilah ini kerana kedua-duanya merujuk kepada strategi penjualan di mana kita membuat perbezaan bergantung kepada siapa yang kita jual serta strategi pemasaran yang akan kita gunakan. Apabila sudah jelas tentang perbezaan kedua-duanya, lebih mudah bukan untuk mengetahui objektif strategi pemasaran kita ?

Jadi, untuk membantu anda lebih mudah mengetahui bisnes anda sebenarnya B2B atau B2C, anda perlu lihat perbezaannya di bawah sehingga habis !

Apa itu B2B ?

Ringkasnya, B2B ialah singkatan biasa untuk istilah ‘business-to-business.’ Ini adalah apabila syarikat menjual antara satu sama lain, bukannya perniagaan menjual kepada pengguna individu. Secara tradisinya, urus niaga gaya borong lebih cenderung kepada B2B manakala B2C (business-to-consumer) cenderung meniru model perniagaan gaya runcit.

B2B adalah model perniagaan Internet yang melibatkan perniagaan yang melakukan perkhidmatan atau menyediakan produk untuk perniagaan atau syarikat lain. B2B adalah satu bentuk E-Commerce dan ia boleh melibatkan perniagaan yang menghasilkan komponen produk, perkhidmatan atau komponen yang dijual kepada perniagaan lain, yang kemudiannya akan mengiklankan atau memasarkan produk mereka di laman web untuk dijual kepada pengguna.

Strategi Pemasaran B2B

Terdapat beberapa strategi pemasaran yang boleh dilakukan oleh sesebuah perniagaan jika ingin fokus pada bisnes yang bermodelkan perniagan B2B. Antaranya ialah : 

Blog

Fikirkan tentang masalah yang boleh diselesaikan oleh produk atau perkhidmatan anda, lalu tuliskan posting blog yang menceritakan tentang kelebihan produk atau perkhidmatan anda. Mungkin dengan penulisan blog anda akan menarik perhatian organisasi perniagaan di luar sana untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda apabila mereka membuat carian di Internet.

Search Engine Optimization (SEO)

Sebelum sesebuah perniagaan membuat keputusan, mereka akan membuat pencarian penelitian. Perkara ini biasanya, mereka akan melakukan pencarian di Internet dan menelusuri hasil teratas. Untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda pada perniagaan lain, anda harus muncul di bahagian atas hasil pencarian untuk kata kunci yang berkaitan dengan bisnes anda. Anda dapat melakukan ini dengan memfokuskan sebahagian perhatian anda pada SEO.

Media Sosial

Media sosial ialah salah satu strategi pemasaran B2C yang umum, tetapi  ianya juga efektif dalam perniagaan B2B. Hal ini kerana,  organisasi dari perniagaan lain juga berada di media sosial.  Anda boleh menggunakan media sosial sebagai salah satu platform untuk mempromosikan produk anda dan meningkatkan kesedaran mereka tentang kelebihan produk anda. Anda juga boleh melakukan iklan berbayar untuk produk anda untuk mencapai pasaran sasaran anda.

Pameran Dagangan dan Konvensyen

Pameran dagang dan konvensyen adalah salah satu tempat yang tepat untuk bertemu dengan para profesional industri dari organisasi lain dan seterusnya dapat mempromosikan bisnes anda. Hal ini boleh dikatakan adalah salah satu pertemuan wakil organisasi yang pergi ke acara ini untuk bertemu profesional lain dan melihat apakah ada produk atau perkhidmatan yang ingin mereka cuba.

Di sini anda juga akan bertemu bisnes lain yang ingin menjual kepada anda, yang boleh membantu anda untuk meningkatkan bisnes anda sendiri. Pameran dagangan pada dasarnya adalah salah satu jejaring yang sempurna untuk siapa sahaja yang terlibat dalam penjualan B2B.

Apa Itu B2C ?

Ringkasnya, B2C adalah singkatan untuk istilah ‘business-to-consumer’ dan seperti yang anda mungkin telah meneka ia merujuk kepada urus niaga antara perniagaan dan pembeli individu. Walaupun frasa B2C boleh digunakan untuk sebarang jenis jualan langsung kepada pengguna, ia kini paling terkenal untuk dagangan dalam talian dan lebih khusus E-Commerce.

Dengan kata lain, bisnes jenis ini berhubung langsung dengan pelanggan atau konsumer dan bukan berhubung dengan perusahaan atau bisnes lain. Sebagai contohnya, anda memiliki bisnes makanan. Ketika anda menjual makanan kepada pembeli individu, bererti bisnes anda bermodelkan perniagaan B2C. Tetapi jika anda menjual makanan dalam jumlah besar kepada perniagaan lain, bererti bisnes anda adalah B2B.

 

Strategi Pemasaran B2C

Terdapat beberapa strategi pemasaran yang boleh dilakukan oleh sesebuah perniagaan jika ingin fokus pada bisnes yang bermodelkan perniagan B2C. Antaranya ialah : 

Website E-Commerce

Jika kita bercakap tentang bisnes B2C pada era digital ini, soal website sering dikatakan. B2C E-Commerce adalah salah satu platform yang komprehensif dan mampu memberikan keuntungan yang lumayan. Oleh itu, membuat pelaburan dalam penubuhan website E-Commerce adalah salah satu langkah awal yang harus anda lakukan dalam memulakan strategi pemasaran B2C.    

Pengalaman Berbelanja yang Menyenangkan

Jika anda sudah memiliki sebuah website yang komprehensif dan memilliki reka bentuk yang sepadan dengan penjenamaan produk anda, kini anda perlu menghiasi website anda dengan berbagai-bagai ciri yang memanjakan pengguna website anda. Tujuan utamanya adalah untuk memberikan pengalaman berbelanja yang menyenangkan.

Pengalaman berbelanja yang menyenangkan ini sering dilupakan oleh para ahli perniagaan B2C. Padahal pengalaman pengguna yang baik akan memberikan kesan yang baik. Kesan yang baik juga boleh membantu produk anda untuk direkomendasikan kepada pelanggan baru yang lain.

Untuk memberikan kesan dan pengalaman pengguna yang baik, website anda harus dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang memudahkan proses pembeliaan. Contohnya, kemudahan dalam memilih variasi produk, menghitung kos penghantaran atau menyediakan pelbagai variasi gerbang pembayaran.

Layanan Pelanggan yang Terbaik

Dalam dunia hari ini, layanan pelanggan tidak hanya tertumpu pada menjawab panggilan telefon atau membalas email yang berisi keluhan pelanggan. Layanan pelanggan juga tidak berhenti saat transaksi sudah terjadi. Anda masih boleh memberikan layanan pelanggan yang optimal setelah berlaku pembelian. Layanan selepas jualan ini akan meningkatkan kepuasan serta kepercayaan pelanggan terhadap produk anda. Pelanggan akan merasa mereka tidak hanya membeli barangan kita semata-mata tetapi mereka juga mendapat layanan yang baik dan nilai tambahan dari produk anda.

Layanan yang baik ini akan meningkatkan rasa percaya pelanggan akan produk anda dan ada kemungkinan pelanggan akan mengulangi pembelian produk anda. Dengan interaksi bersama pelanggan selepas jualan ini, anda akan dapat mengumpulkan berbagai rekomendasi, keluhan, dan penambahbaikan yang boleh anda gunakan untuk mengembangkan produk anda di masa yang akan datang. 

Pertandingan dan Giveaway

Semua orang suka mengikuti pertandingan apalagi jika dengan usaha yang minima boleh membuka peluang untuk mereka mendapatkan hadiah yang besar. Dengan pemikiran ini, mengadakan sebuah pertandingan atau giveaway boleh menjadi salah satu tips pemasaran B2C yang boleh diadaptasi untuk bisnes anda.

Pertandingan yang akan diadakan tidak perlu megah dan berbentuk acara bersemuka. Dengan bantuan teknologi, anda boleh mengadakan pertandingan di sosial media anda. Anda boleh meminta pelanggan anda untuk menjawab pertanyaan tentangnproduk anda atau memberikan maklum balas mereka terhadap produk anda. Anda juga boleh melakukan pertandingan dengan meletakkan syarat kemenangan di mana para pelanggan perlu mengikut akaun anda di media sosial, melanggan akaun Youtube anda, atau memberikan tanda suka pada paparan anda di Instagram. 

Bagi memastikan pertandingan yang dijalankan menyumbangkan kepada kesan pemasaran yang lebih besar, perhatikan juga hadiah yang akan anda berikan kepada para pemenang. Anda boleh memberikan hadiah yang berkaitan dengan bisnes anda seperti baucer belanja, kupon diskaun, hadiah percuma, dan lain-lain. 

Dapat sesuatu ?

Ejen2u berharap dengan artikel kali ini dapat membantu sedikit sebanyak para usahawan dan ahli perniagaan di luar sana dalam mengembangkan lagi bisnes anda ! 

 

 

Ejen2u, 

Sama-sama Naik ! 

 

Mengenai Penulis

Chief Communication Officer, Saffian Mahmud

  • Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pendidikan perniagaan dan perundingan.
  • Subject Matter Expert dalam Pengucapan Awam dan TeeUp Produk.
  • Telah membantu lebih dari 50 duta produk dan brand: melatih lebih dari 100 orang founder daripada pelbagai syarikat.