5 Idea Bajet Rendah Untuk Marketing Anda

by | Sep 16, 2022 | Marketing Strategy | 0 comments

IDEA BAJET RENDAH UNTUK MARKETING ANDA

Low Budget Marketing Ideas

Apabila memikirkan tentang Marketing Plan atau Marketing Strategies, mesti anda semua pening kepala berfikir bagaimana hendak mendapatkan dan menggunakan bajet yang sedia ada dengan sebaiknya untuk melakukan marketing produk anda. Malah, marketing merupakan salah satu aktiviti yang tidak boleh diabaikan walaupun sehari lebih-lebih lagi kepada founder small business di luar sana yang memerlukan dua kali ganda usaha daripada founder big brand.

Tetapi, adakah anda tahu terdapat beberapa strategi atau idea yang boleh anda gunakan untuk menjalankan marketing bagi small business tanpa mengeluarkan modal yang besar ! Terdapat beberapa strategi yang boleh anda gunakan dan telah terbukti keberkesanannya oleh para founder small business lain di luar sana. Tetapi apabila begitu banyak pilihan marketing, mungkin sukar untuk mengetahui di mana untuk bermula kan.

Jangan risau ! Ejen2u akan bantu anda dengan menyenaraikan lima idea yang boleh anda laksanakan sebagai strategi marketing anda dengan bajet yang rendah. Jangan lupa untuk baca sehingga habis dan gunakannya sebagai rujukan dalam menentukan cara memasarkan bisnes anda wink

Low Budget Marketing Ideas

5 IDEA BAJET RENDAH UNTUK MARKETING ANDA

1. Strategi Content Marketing 

Content Marketing boleh membantu anda dengan menggunakan content yang berharga dan menarik untuk menarik minat pelanggan untuk melawat bisnes anda terutamanya ke platform sosial media anda secara organik.

Terdapat banyak lagi Content Marketing yang anda boleh terokai. Antaranya ialah :

  • E-book
  • Infografik
  • Quiz
  • Youtube Video
  • Vlog
  • Podcast

Namun, Content Marketing tidak terhad kepada senarai di atas okay ! Penting untuk anda pilih Content Marketing anda berdasarkan kepada target market anda. Tidak kira yang mana anda akan pilih, pastikan matlamatnya adalah untuk memberikan maklumat kepada pelanggan anda dan membimbing mereka kepada bisnes anda.

2. Professional Website 

Membina jenama dalam talian adalah penting untuk menyebarkan brand awareness tentang jenama anda. Anda boleh membuat satu professional website untuk produk dan syarikat anda yang berfungsi sebagai satu pusat untuk semua maklumat yang berkaitan dengannya. Ini akan memudahkan para pelanggan anda untuk mendapatkan segala informasi yang dicari hanya dalam satu tempat.

Anda boleh meletakkan logo bisnes anda di website dan ianya juga akan mengukuhkan kredibiliti syarikat anda dan memudahkan orang ramai menemui anda. Anda juga boleh mengisi website anda dengan pelbagai informasi dan maklumat yang menarik untuk pelanggan anda seperti catatan blog, video, e-book, kod QR dan banyak lagi yang boleh mendekatkan mereka dengan jenama anda.

3. Email Marketing 

Email Marketing adalah salah satu idea yang efektif yang boleh anda laksanakan dalam marketing bagi perniagaan kecil. Anda boleh sediakan content yang mampu menarik minat para pelanggan anda seperti catatan blog dan perkongsian sumber atau ilmu percuma yang berguna supaya emel anda tidak dilabelkan sebagai spam.

Anda boleh menjadikan emel marketing sebagai aktivti mingguan yang dijangkakan oleh para pelanggan anda dalam peti inbox emel mereka. Apabila anda memperoleh ramai pelanggan yang mendaftar pada emel anda, anda boleh mensasarkan pada minat dan keutamaan pelanggan anda sebelum menghantar emel yang seterusnya.

Untuk membuat orang ramai mendaftar pada emel anda, anda boleh berikan mereka ganjaran kepada pelanggan baru dengan tawaran istimewa seperti E-book yang boleh dimuat turun atau kod kupon untuk pembelian di kedai anda.

4. Local Awareness 

Ambil usaha marketing perniagaan kecil anda di luar talian dengan membina populariti jenama anda dalam kalangan ahli komuniti setempat anda. Bermula dari kecil iaitu dengan acara tempatan dan rangkaian berita kerana ianya boleh memberi anda peminat setia dari peringkat awal perniagaan anda.

Anda boleh melibatkan diri dengan menaja acara tempatan di kawasan komuniti anda dan dengan sukarela jadikan produk berjenama anda untuk digunakan dalam produksi tempatan, festival dan bengkel. Anda juga boleh melibatkan diri dalam projek komuniti seperti kutipan derma sekolah, penghantaran makanan dan usaha tanpa keuntungan yang lain. Ini bukan sahaja akan meningkatkan awareness jenama anda, tetapi ia juga akan menarik pelanggan yang menyokong kerja baik anda.

5. Insentifkan User Engagement 

Dengan kebangkitan media sosial, user engagement telah menjadi strategi marketing perniagaan kecil yang penting. Anda boleh menawarkan insentif kepada pelanggan anda untuk memaksimumkan usaha penglibatan anda dalam talian. Untuk meningkatkan engagement di media sosial anda, anda boleh galakkan orang ramai berkongsi content dengan mengadakan peraduan dalam talian, cabaran media sosial dan banyak lagi. Cetuskan minat khalayak anda dengan menawarkan hadiah kepada pemenang, seperti diskaun dan kupon untuk produk anda. Lebih ramai orang berkongsi siaran tentang produk anda, lebih banyak anda akan mengembangkan reach anda dan membina brand awareness.

Anda boleh melaksanakan insentif serupa untuk referring pelanggan baharu kepada jenama anda. Program referral ialah cara yang berkesan untuk mendapatkan leads, kerana orang ramai lebih gemar mendengar cadangan rakan mereka yang dipercayai.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk melaksanakan strategi marketing tanpa risau lagi tentang bajet bulanan sekaligus mampu meningkatkan jualan perniagaan anda.

Ejen2u,

Sama-sama Naik !

Mengenai Penulis

Chief Communication Officer, Saffian Mahmud

  • Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pendidikan perniagaan dan perundingan.
  • Subject Matter Expert dalam Pengucapan Awam dan TeeUp Produk.
  • Telah membantu lebih dari 50 duta produk dan brand: melatih lebih dari 100 orang founder daripada pelbagai syarikat.